aku berlindung dengan ALLAH dari syaitan yang direjam..
Murtad dari segi bahasa bererti kembali daripada sesuatu dan menuju kepada sesuatu yang lain daripadanya (al-Zuhaili. 1997 : 5576). Murtad juga disebut dengan perkataan irtidad atau Riddah. Manakala dari segi istilah syarak murtad ialah memutuskan Islam atau kembali daripada Islam kepada kufur selepas menganutinya dan seterusnya menganuti mana-mana agama atau mana-mana pegangan akidah (al-Zuhaili. 1997 : 5576). Seksyen 23 (1), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, Negeri Kelantan mentakrifkan irtidad ialah apa-apa perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan oleh seseorang yang mukallaf yang mana perbuatan atau perkataan itu mengikut hukum Syarak adalah menjejaskan atau berlawanan dengan akidah agama islam; Dengan syarat perbuatan itu dilakukan atau perkataan itu disebutkan dengan niat, dengan sukarela dan dengan pengetahuan dan tanpa apa-apa paksaan oleh sesiapa atau oleh keadaan. Seksyen 23 (2) pula menyatakan; Perbuatan-perbuatan atau perkataan-perkataan yang menjejaskan akidah itu ialah perbuatan-perbuatan atau perkataan-perkataan mengenai atau bersabit dengan perkara-perkara asas yang dianggapkan mesti diketahui dan dipercayai oleh tiap-tiap orang Islam sebagai pengetahuan umumnya kerana dia orang Islam seperti perkara-perkara mengenai rukun Islam, rukun Iman dan perkara-perkara halal dan haram.
8 coment cini:
nauzubillah...mintak simpang kan..kalo dah murtad xkan ada jalan menuju ke syurga di pengakhirannya bila dah terlmbt bertaubat.. ye, moga mereka yg sesat tu kembali ke jalan Allah S.W.T.. amin...
thnaks kina ..
smoga dijauhi dr perkara yg boleh buat Allah murka..
jika ada salah seorg sabahat kina yg terlibat, sama2lah kita mohon pada ALLAH moga mereka diberikan kesedaran dan hidayah..
nauzubillah..moga kita dijauhi..huhu
p/s:tak pa kina wat jela pa yg ptt akak xksh..hihi
kina edit blog lagi ye?hihi..dya suka background..sweet
muga kite semua dijauhakan..insyallah amin
Nauzubillah...minta dijauhkan la dr kita semua...
Post a Comment