.. close

: WELCOME :

selamat datang semua ke blog kina :)

13 January 2013

Teknik Mengubati Mulut CeluparDari Rasulullah S.A.W



Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar?
 Sedarkah anda apabila kita  berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? 
Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap ‘lepas’?
Sebagai manusia biasa, kita  tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian. Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu,bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a.menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan HariAkhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”



Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.
Menurut sahabat Ibnu Umar,Rasulullah pernah berkata,“Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.” Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan

.Kedua-dua kalimat itu adalah‘subhanallah wa bihamdihi’ dan‘subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan,‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’Selain itu, dalam riwayat laindi ceritakan, sesiapa yang membaca‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWTmeski pun sebanyak buih di lautan.Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan,‘Astaghfirullahazim’ disertakan‘perasaan menyesal’ di dalam hati.semoga bermanfaat -


sumber  muka buku..


entry autopublish

19 coment cini:

Shakira Pathi said...

semoga kita sentiasa dalam rahmatNya :)

Mrs Velentine said...

nice entry kina

Mrs Velentine said...

done digi

HeNRieTTa JoSe said...

trima ksih atas perkongsian....rietta sedang mendiamkan diri....biar kebenaran terbukti jua...

Cik Nur said...

peringatan yang baik...

MAY said...

Semoge bermanfaat tok sume..

Ratu Hatiku said...

Yalah kdg2 kita xsedar kata2 kita tu mengguris perasaan org lain...

Deqla manjew said...

krn mulut badan binasa...huhu.. utk peringatan kita bersama.. nice sharing.. thanks dear.. =)

Etuza Ezawarna said...

Kina, kalau banyak komen di blog macamna pula ye. takut pula ada orang tak suka kita kan..tapi tak baik burus sangka. Situasi di blog lain kan...

faY said...

rasanya akak kena practice dua perkara tu :) thnx share

Hatimi Tahirruddin said...

betul tu...kadang2 bukan setakat bermulut celupar je yg boleh mengguris hati org lain...bercakap besar atau terlalu merendah diri juga boleh menyebabkan si pendengar tidak senang...

salah dengan Allah boleh istighfar dan bertaubat...tapi salah dgn manusia berat sebab kena mintak maaf dgn org tersebut...

sy pon nak ambek kesempatan ini utk minta maaf dgn kina andaikata sepanjang tempoh perkenalan kita sy dgn sengaja atau tidak telah mengguris hati kina...:)

Nisah Idham said...

teringat akak pada pesanan Imam Ghazali..
"Lidah paling tajam dari mata pedang"

Che Rosliza Che Mat said...

nice sharing kina..

miz ruha said...

banyakkan berzikir...
nice sharing... ^_^

Deq's Qienz said...

great kina..hihii maaf lama xsinggah tgk kina..line tenet problem la

lelamaisara said...

peringatan yang baik ni kina...

Yana Libra said...

thanks mengingatkan..huhu..baru rasa cam down je minggu ni..huhu~ :)

Cik Aini said...

nice sharing :)

wan nurul hezrina abd halim said...

tq share kina=)

Cute Pink Kaoani
 

Copyright © 2012 Reserved to Kinara kinatara
Design by kinatemplete by farisha idayu