DOA AGAR HILANG KEINGINAN UNTUK BERZINA
Disarankan ibubapa mengamalkannya untuk anak-anak
اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
Makudnya: Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.
Renungan Hadis
Daripada Abu Umamah r.a beliau bercerita: Suatu hari seorang pemuda datang kepada Nabi SAW, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah izinkan
saya berzina. Lalu para sahabat yang hadir menoleh kepada pemuda itu dan mencemuhnya. Lalu Rasulullah SAW memanggilnya: Mari dekat sini. Dia pun duduk dekat Rasulullah.
Rasulullah berkata: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu kamu? Pemuda itu menjawab: Tidak, demi Allah, Moga Allah menjadikan aku tebusanmu (iaitu sekiranya engkau ditawan, aku rela jadi tebusanmu). Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu mereka. Baginda bersabda lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada anak perempuanmu? Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu. Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada anak-anak perempuan mereka. Baginda bersabda lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada saudara perempuan kamu? Pemuda itu menjawab: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu. Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada saudara perempuan mereka. Rasulullah berkata lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu saudaramu (sebelah ayah)? Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu. Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu saudara mereka. Rasulullah berkata lagi: Adakah kamu suka zina itu terjadi pada ibu saudaramu (sebelah ibu)? Pemuda itu berkata: Demi Allah, moga Allah menjadikan aku tebusanmu. Baginda bersabda: Begitu juga orang lain tidak suka zina itu terjadi pada ibu saudara mereka. Kemudian Rasullullah meletakkan tangannya di (dada) lelaki itu dan berdoa: Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya. Sesudah itu pemuda tersebut berpaling ( tidak berkeinginan) untuk berzina.
Riwayat Ahmad
sumber:muka buku..
di harapkan memberi manfaat..
20 coment cini:
Nice doa. Harus diamalkan selalu doa ni
Asalamualaikum...sori le pakjoe lambat terjah maklum la tgh final exam kt kolej hahah....nie dh abis dh blh le terjah cm dlu blk hhahahaha
amin
moga kita semua dijauhkan..
pasangan yg belom sah wajib ni amalkan.. hihi..nice sharing.. =)
nice share kina
Nice entry dalink!
nice sharing kina=)
amin..moga kita hindar segala jenis zina dan benda buruk..
TQ share ^^
Nauzubillah. moga kita semua dilindungi.
perkongsian yg mantap...
thanks kina
tq kina..bagus ni untuk diamalkan..:)
hihi . comel blog ni :)
Dalam Hati Ada Syaitan (!) Jom Baca/Komen Entri Ni :(
http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/11/dalam-hati-ada-syaitan-oo.html
nice sharing kina...
ubat paling bagus ialah kawen. hee. :)
Bgus doani.akak nk simpan n amalkan.tq share
Nice sharing Kina..
Alhamdulillah kina. Moga brmanfaat pd semua yg muda2 remaja ni.
nice sharing kina :-)
Post a Comment