.. close

: WELCOME :

selamat datang semua ke blog kina :)

16 May 2012

tips pilih haluan lepas spm..



assalamualaikum..
mesti ramai antara korang yang dah habis spm n dah dapat result keliru nak pilih kemane untuk sambung belajar..maklumlah sekarang dah banyak sangat ipta/ipts dan macam2 institusi untuk sambung belajar.
ade juga antara yang tak tahu nak pilih course ape untuk sambung belajar..
jadi entry ny kina nak kongsi ngan korang cara untuk korang make sure nak belajar kat mane ngan ambik couse ape.

ok..

1.korang buatlah pro n kontra nya atas satu2 pekara yang korang nak buat contohnye.tengok kat bawah ny..

ok macam 2..pastu korang tengoklah yang mane lebih banyak pro dan korang bandingkan pulak dengan course.
2.korang kene pilih course yang ade mase depan yang cerah mean yang kerjayanya mudah di perolehi xdeklah mengangur nanti..betul x?
3.istiqarah..yup sangat penting untuk menentukan hala tuju kita.ia adalah cara terbaik.bila kita istiqarah insyaallah ape yang kita pilih adalah yang terbaik..

sini kina huraikan sedikit

Tingkatan 6, peluang untuk menjejakkan kaki ke u lebih banyak terbuka kerana dasar kerajaan yang memberi peluang kepada pelajar STPM. Cuma pelajar perlu benar-benar menumpukan perhatian kepada pelajaran disebabkan banyak sukatan yang perlu dibuat persediaan. Walaupun bunyinya ada 4 mata pelajaran tapi setiap mata pelajaran ada 2 atau 3 kertas. Dalam setiap kertas pula ada banyak bahagian dan setiap bahagian ada banyak topik.
Semangat yang tinggi, kesabaran serta teknik belajar yang sistematik perlu ada pada pelajar STPM. Strategi memilih mata pelajaran sewaktu 6 rendah penting kerana ia akan menentukan peluang untuk ke kursus pilihan kerana setiap kursus ada syarat-syarat kemasukan tersendiri. Sebab itu memilih subjek ting 6 penting kerana biasanya setiap kursus di universiti minima memerlukan gred yang baik dalam 2 mata pelajaran sementara 2 mata pelajaran lain akan menyokong pointer.
Pelajar perlu jelas di dalam strategi memilih mata pelajaran. Sistem penggal yang masih diamalkan oleh sekolah juga akan membebankan pelajar untuk membuat persediaan di peperiksaan STPM. 

 Diploma pula selalunya jalan untuk mencari pekerjaan dengan cepat kerana setelah tamat selalunya lepasan ini akan terus bekerja. Peluang untuk sambung ke Ijazah amat tipis dan sekiranya bercita-cita untuk sambung belajar ijazah perlu dapat 3 pointer ke atas.

Matrikulasi pula ada 2 sama ada matrikulasi KPM atau matrikulasi universiti-universiti. Matrikulasi di universiti lebih dikenali sebagai Asasi. Pelajar perlulah jelas perbezaan kedua-dua matrikulasi itu dan yang penting kaedah pemilihan kursus ijazah di kedua-dua matrikulasi tersebut. Apabila pelajar telah mendapat penjelasan maklumat yang perlu dengan jelas akan membuka ruang pelajar untuk membuat keputusan dengan lebih baik.







0 coment cini:

Cute Pink Kaoani
 

Copyright © 2012 Reserved to Kinara kinatara
Design by kinatemplete by farisha idayu