.. close

: WELCOME :

selamat datang semua ke blog kina :)

19 May 2012

dean list?



weyh target aku dean's list r sem ny...aku nak jugak dapatkan 3.5 ke atas 2..nak tebus yang sem lepas aku 2..
ko lak cam ne?

aku x kesahlah dapat berape un..aku belajar ny pown ikhlas kerana Allah..law ade rezeki adelah,law xdek nak wat cam ne kan.? 

penah x berlaku cam ny dalam hidup anda?
sudahkah anda berniat belajar kerana ALLAH.kerana belajar juga sebahagian dari ibadat.


Bagi kebanyakkan pelajar tahun 1 di sini, dan kina percaya di mana-mana pun, semua orang akan meletakkan target, "Sekurang-kurangnya, Dean list". kina juga pernah meletakkan target sedemikian.
salahkah belajar keranaDean list? Tidak bolehkah kita belajar kerana Allah dan dalam pada masa yang sama mendapatDean list? Pernah dikisahkan tentang seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul satu persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah?
Ulama bersependapat mengatakan beliau berperang kerana Allah. Ini kerana, beliau yakin dengan balasan Allah janjikan iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji-janji Allah.
Begitu jugalah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahukan akibat yang baik, ada syarat-syaratnya. Mahukan akibat yang kurang baik, ada syarat-syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, Dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?.

ape pandangan korang.?bagi kina semua 2 tergantung pade niat kita.kalau baik niat kita baiklah jadinya..law x maka sebaliknyalah yang belaku.
x salah kita target dean's list,xp dalam masa yang sama usaha kita hendaklah setimpal dengan ape yang kita mahukan.selain 2 niatkan kerana ALLAH..insyaallah kejayaan pasti milik kita..
Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang silap. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?
Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Andai masih gagal sedangkan sudah berusaha. Itu maknanya, usaha kita belum cukup. Masih ada ruang untuk berusaha.
Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya Tuhan yang dipersalahkan. Usah kita lupa, sunnatullah yang Allah tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

mengejar satu kejayaan itu tidak salah.agama islam sendiri mengalakkan umatnya mencari kejayaan dunia dan akhirat.niatlah segala kejayaan yang kita inginkan kerana ALLAH,dan tinggkatkan lah usaha..


0 coment cini:

Cute Pink Kaoani
 

Copyright © 2012 Reserved to Kinara kinatara
Design by kinatemplete by farisha idayu