.. close

: WELCOME :

selamat datang semua ke blog kina :)

18 April 2012

cabaran didik anak2

salam sejahtera
salam satu malaysia.
salam satu blogger
uitm di hatiku(xdek kene mengene)
hahahha...

sbenarnya kina dh lame terpikir nak wat entry macam ny..
xp ble bukak jer new post terus idea hilang..
last last tertangguh2..
hehehe...
jadi sekarang walau macam mane pown kina akan
teruskan menaip

bak kata kina"jari menari entry terpatri"
hahha..

urm..
u know what sekarang dunia kita tersangat2lah moden..
dan mencabar..

cube korang bayangkan situasi ni

"mama kenape artis dalam tb 2 x pakai tudung,mama kate kite kene tutup aurat?"

"mama ape yang akak 2 buat ngan abg 2 2 mama?" 


"mama kenape banyak kes bunuh kat malaysia ny mama?"
mama itu dan mama ini..

subhanallah ape kita nak jawab?

cube korang jawab..

hahha..tengah tengah wat entry ny tersangkut kejup..
mak ajak teman g kedai beli mee bandung...
hehe..



ok kita sambung balik..
banyak sebenarnya cabaran nak didik anak2 nyh..
tambah2 anak pewrempuan macam kina ny..
hahha...
orang dulu kate baik bela lembu sekandang..
betul ker..?

okeyh

jadi kina nak kongsikan cara didikan yang mengikut sunnah Rasulullah..


Rasulullah s.a.w membahagikan pendidikan anak selepas kelahiran ini kepada empat tingkat,iaitu:

Pertama:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih yang tidak bertepi dan sayang yang tidak terbatas. Biarkan anak-anak pada masa ini bermandikan kasih sayang.

Kedua:
Umur 7 – 14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula menanamkan disiplin kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya apabila enggan mengerjakan solat.

Berdasarkan kajian pakar-pakar jiwa anak, sememangnyalah pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada saat ini pula seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

Ketiga:
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah menukar penanaman disiplin dengan cara yang agak keras kepada yang rasional. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

Keempat:
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini , orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa. Dalam kehidupan kita sebagai muslim,kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada tahun 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya, bahkan marah kepada ibu bapanya apabila disuruh sembahyang. Apabila seorang anak enggan melaksanakan kewajipannya yang tertinggi, iaitu solat, maka perintah siapa yang akan dia dengar dan lakukan? Padahal hakikat solat mampu mencegah seseorang untuk tidak melakukan perbuatan keji dan mungkar.


Dalam pendidikan anak secara Islam, Nabi Muhammad s.a.w telah menekankan bahawa pendidikan itu sudah bermula sebelum kelahiran lagi. Dalam satu hadis, ada dinyatakan bahawa apa pembelajaran dan pembentukkan sahsiah anak atau zuriat sebenarnya telah bermula 100 hari sebelum ia dilahirkan lagi. 

Jadi, perangai dan tingkahlaku anda sekarang, bakal memberikan kesan kepada zuriat anda kelak.

Namun, pendidikan selepas anak dilahirkan adalah yang paling utama supaya anak membesar dengan baik.

jadi sebagai ibu bapa moden amalkanlah ini.semoga anak anda nanti akan jadi seorang anak yang soleh dan solehah..
hahhaha..

dan kepade rakan2 bloger kina yang lain..
ini bukan hanya untuk ibu bapa..
tapi juga untuk semua tidak kira usia..
kerana kita juga akn menjadi ibu bapa suatu hari nanti...
wallahu a'lam

3 coment cini:

hati iza said...

gluppp... salah beri jawapan..bahaya... isawnya..

kinara kinatara said...

@*o* hati iza (*,*)
kan kadang2 terpikir jugak aty law ade macam mane nak nak sesuaikan dengan dunia sekarang ny..

Unknown said...

syukran mendapat info kat sini ya

Cute Pink Kaoani
 

Copyright © 2012 Reserved to Kinara kinatara
Design by kinatemplete by farisha idayu