.. close

: WELCOME :

selamat datang semua ke blog kina :)

12 March 2014

TITLE: PEPLUM KURUNG








Baju kurung sangat terkenal dalam kalangan wanita malah bagi kita ianya adalah salah satu pakaian nasional yang melambangkan jati diri kaum Melayu. Ianya telah popular sejak zaman sebelum merdeka lagi malah mungkin jika dilihat sejarah kewujudan dan penghasilannya memakan masa lebih seratus tahun!



Jika dilihat kembali stail baju kurung ianya sentiasa mengikuti arus fesyen terkini. Malah saban tahun terutamanya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri kita dapat lihat kemunculan gaya baju kurung yang baru. Baru-baru ini rekaan baju kurung wanita memperlihatkan transformasi yang begitu ketara.Banyak rekaan yang lebih moden dan fresh dihasilkan dalam pasaran baju Muslimah Malaysia. Ini memberikan kelebihan buat peminat fesyen dalam kalangan wanita dalam memilih pakaian Muslimah yang sesuai buat mereka.



Antara yang menjadi tumpuan ialah peplum kurung.Baju peplum kurung wanita yang diberikan sentuhan moden dilihat lebih stylish dan dapat digayakan untuk apa sahaja majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis makan malam dan sebagainya. Selain daripada itu, ianya turut sempurna untuk dipakai ke pejabat.Memakai peplum kurung memberikan anda penampilan yang sopan tapi cukup anggun.










Pereka-pereka fesyen tempatan kita yang berbakat seperti Jovian Mandagie, Hatta Dolmat (kina peminat hatta dolmat.)dan Rizalman Ibrahim turut tampil dengan koleksi baju peplum kurung moden mereka. Malah koleksi mereka yang dikeluarkan khas untuk sambutan perayaan Hari Lebaran menerima sambutan yang cukup luar biasa daripada orang ramai.Ternyata peplum kurung adalah pilihan yang terbaik untuk koleksi baju raya anda!






Menggayakan baju kurung ini tidaklah sukar kerana memakainya sahaja memberikan extra ‘oommphh’ kepada penampilan anda. Namun anda boleh menambahkan sediki taksesori untuk penampilan yang lebih elegant.Padankan baju Muslimah anda dengan beg tangan wanita dan sepasang heels. Bagimereka yang berhijab, pakai tudung atau shawl dengan padanan warna yang sesuai.



Beli baju peplum dress anda secara online kerana kini terdapat banyak website online shopping Malaysia yang menawarkan pelbagai tawaran menarik ke atas koleksi baju kurung moden wanita online. Untuk tutorial cara menggayakan pakaian Muslimah ini anda boleh layari blog atauYoutube untuk video tutorial seumpamanya :)




10 coment cini:

nana kimie said...

cantik2...teingin nak beli yg kat zalora tu...tapi tgk harga......beranganjela dulu.hihi

Ct Noraishah said...

CANTIK KAN KURUNG NI...

PearlVelvet SueQys said...

slm singgah ptg2 ni !

dya bunga said...

dya bila pakai peplum msti xsesuai..hhehe..

Solehah Shamsuddin said...

Akak ske tgk baju peplum. Cantik2. xsgka baju2 dulu mnjadi peminat org zaman skrg :)

Intan Saffyna said...

hii,singgah follow awak :)

Cik Nur™ said...

cantikk..tp org mcm nur xsesuai..huhu

Deqla Norumara said...

suka baju peplum.. tp rasanya sekrg hot dgn fesyen dress..kan..

NJihe.am said...

Salam singgah, dari blog jiakretifelt. studioous.blogspot.com

9n0L4 said...

tak pernah pun pakai baju yg mcm ni. baju kurung tetap di hati.

Cute Pink Kaoani
 

Copyright © 2012 Reserved to Kinara kinatara
Design by kinatemplete by farisha idayu