.. close

: WELCOME :

selamat datang semua ke blog kina :)

25 November 2013

har har har…masa untuk release tension














assalamaulaikum semua sahabat-sahabat ku terutama akak -akak GSF. dah lama sangat kina tak buat entry kan. mesti korang tertunggu-tunggu entry dari kina kan. hehe.. perasannya. Ok lah kawan –kawan semua hari ni kina nak cerita kat orang semua tentang program release tension kami.hehehe.

ceritanya bermua begini,kina ngan 3 orang kawan kina nie mngalami tekanan seminggu sebab minggu tu penuh dengan test dan quiz..jadi pada hari rabu tu test QMT337. SUBJECT TU KINA MEMANG MINAT GILA KOD… pastu kami dah prepare habis lah untuk subject tu.

sekali bila dah habis jawab paper tu mak ai..susah nya lecture mana yang buat soalan nie.. geramnya.. habis test tu kite orang jalan lah dari biik kayangan tu ke kolej. sampai kat tengah-tengah jalan tu ade lah idea nakal kami kat situ keluar. Kina pom cakap lah cam nie kat kawan kawan

“stress tak jawab soalan tadi?”

“stress gila kod”

“jom kuar release tension jom,kita pi tengok wayang nak?”

“kelas petang nie cam ne?”

“alaaaa korang kita baik awal lah lepas tengok wayang tu kita balik terus ok..”

“ok set”

pastu kita orang pom ape lagi kuarkan kad matrik gantung kat leher lah..nanti kan kena tahan pulak ngan pak polis bantuan.. hew hew tak pasal pasal nanti kena bayar saman…hahaha..

tuggu bas kunyit kat depan pagar uitm adalah kebiasaan lagi biasa menunggu sampai berjam jam.. tunggu orang penuh satu bas baru boleh jalan.. selamatlah waktu tu budak degree ada penuh lah bus tu law harapkan budak diploma mang tak lah nak penuh bus tu kan… 

dalam pukul 12 baru sampai kat one segamat *segamat dah ada wayang ok.. hehehe.. dulu memang wayang tak da kat sini terpaksa ke Melaka tapi sekarang dah ada dah…so memang iniah mas untuk menonton.. terus pi beli tiket.

cerita THE INTERNSHIP.. best gila kod cerita tu… nak synopsis tak?korang google boleh…? Yes that the clue it is all about GOOGLE..hahaha pernah jugak sekali kina google google terjumpa satu kedai online ZALORA MALAYSIA nie kasut kasut dia sangat cool okeyh.. terutama dia punya HEEL..

eh lari topik sudah..hahaha...
biaselah perempuan bab bab shopping shopping nie kan memang seronoklah.

berbaik kepada cerita kina tadi,okeyh THE INTERNSHIP

dua watak yangg menjayakan cerita

"Two salesmen whose careers have been torpedoed by the digital age find their way into a coveted internship at Google, where they must compete with a group of young, tech-savvy geniuses for a shot at employment."


mamat nie kerja dia selalu ngan fon dia...waktu games ala ala harry poter pom still ngan phone...


nah kina siap bagi sipnosis dalam bahasa inggeris lagi kau..hehehe...

tapi serius kina tak pernah bayangkan rupa bentuk google sebeum nie taw...

begitu rupanya...
cantik sangat sangat dalam cerita tu makanan yang kita ambik adalah percuma taw..bestnya..










xp sayangnya kami lupa nak bergambar..
korang pon thu kan kina x suka bergambar...
heehe..

dah habis cerita tu kiteorang terus pi solat zohor kat surau pastu terus tahan teksi balik ke kolej..yelah kan kelas ada lagi 20 minit je dari sekarang..melambung rm15 kami bayar teksi..law nak naik bas kuning tu mang taklah nak tungu penuh makan 10 jam kod..


dah akhirnya kami sampai jugak kat uitm..terus bergrak ke kelas..

duduk dalam kelas, borak borak ngan kawan yang kami tengok cerita tu tadi..siap bagi good testi lagi suruh diorang pergi tengok jugak..haha..

dan pukul 3.10 petang dapat call dari lect yang keas cancel..mak ai..penat je rushing tadi balik law tahu stay je kat mal tu..boleh cari barang makanan sikit kan..
nak wt cam ne..tak de rezeki kan...hehehe


sampai sini jelah entry kina penat pulak nak menaip..tangan dah lengguh bahu pom dah semakin bongkok nie,hehe,,see u next entry...

23 November 2013

on mood yes im ready


yes im ready..itulah kata kata yang terngiang ngiang dalam kepala kina sekarang.
kenapa??
first of all sem baru dah bermula dan ini merupakan sem terakhir kina...
**insyaallah amin..doakan ya...:)
kalau orang lain sem akhir praktikal tapi tidak bagi course kina..
yelah QUANTITATIVE SCIENCE @ MATHEMATIC SCIENCE kan..
mana ada practicalnya..degree nanti baru ada..tu pun kalau kina sambung bidang nie lagi..

doakan kina dapat kejar cita cita nak jadi akauntan..
but now kina nak involved dalam bidang financial..hope degree dapat financial..
yeahhhhh!!!

azam semester baru (semester akhir adalah untuk dapatkan 4 rata...insyaallah boleh..
orang kata target memang kena tinggi dan kenalah usaha setimpalkan...law target dah rendah nanti tak tercapai tak ke benda tu lagi rendah??eh??

hehe..so korang doakan kejayaan kina dalam pelajaran ya...dan dalam bisness kina juga...insyaallah akan terus berbisnes..sebab tu memang minat kina dari kecil lagi..

"okeyh nie nak cerita je..masa kina darjah 6 dulu kina boleh dapat dalam rm100 sebulan hasil jualan kait nama benang yang kina jual kat sekolah..tapi tu dulu lah sekarang benda tu dah tak femes daaa.."


****entry pertama di tapi guna lappy sendiri setelah di baiki hampir sebulan..


*gsf kina akan mula aktif insyaallah dan juga pengomen tegar nanti kina publish komen anda apabila kunjungan telah di balas ya...

05 November 2013

ROLL CALL




                     
       

                                           ROLL CALL HARIAN ANAK SAYA
                                        (Seperti dalam foto yang isteri saya ambil ini)

Zaman nabi dahulu ia dipanggil TAKRIR (ikrar dan azamkan apa nak buat seharian) & TAKLIM (maklum & lapor apa yg telah dibuat) cuma di sini saya gunakan istilah inggeris...ROLL CALL. Orked (4 tahun), Seri (2 tahun) & Lela (9 bulan) bukanlah muda lagi untuk pembelajaran bermula. Pendidikan bermula dari buaian dan bukan tunggu dah darjah 1. Seri dah mula bercerita pada umur antara 1-2 tahun apabila dia diletakkan bersama kakaknya sekali dalam roll-call. Lela masih belum pandai bercakap tetapi diwajibkan hadir roll-call saya. Untuk apa? Method ini yang diamalkan oleh keseluruhan organisasi Rumah Pengasih Warga Prihatin lalu saya lanjutkannya di unit keluarga saya sendiri.

Anak seperti Lela yang belum pandai bercakap sebenarnya sudah lengkap deria input mereka seperti pendengarannya juga penglihatannya. Jangan ingat mereka tidak mampu berkata (output) bermakna mereka tidak mampu menerima input ilmu? Rugi sangat jika anda fikir begitu kerana dari buaian sehingga mereka pandai berbicara itu adalah INPUT SEHALA yang Allah dah jadikan dalam keadaan anak TIDAK BOLEH MENJAWAB.

Ketika itu, anda perlu masukkan tentang MATLAMAT HIDUP yang anda ulang-ulanginya walaupun mereka tidak boleh respon. Tiada ruang menjawab memberi kita RUANG UNTUK BENTUK JIWA & MINDA MEREKA DARI AWAL. Semasa mereka mula pandai berbicara, ketika itu pendirian dan aspirasi kita sudah terlalu kuat dalam hati mereka untuk mereka pertikaikan dengan mulut.

Masa saya terhad dengan keluarga, biasanya roll call berlaku semasa sarapan & makan malam. Kadangkala seperti gambar ini apabila keadaan memerlukan.

Anda pasti terkejut apabila anak anda mula pandai berkata-kata sahaja, mereka dah berbicara dalam bahasa kamu dan cara fikir yang kamu (ibu bapa) mahukan mereka berfikir. Anda pasti terkejut apabila mereka mula membicarakan istilah-istilah tinggi yang anda tidak perasan bila anda ajarkannya tetapi anda gunakannya dalam perbualan bersama isteri dan didengari oleh mereka


KANDUNGAN ROLL CALL

- Laporan harian Aktiviti anak
- Laporan harian salahbuat anak (sendiri mengaku)
- Pesanan & aspirasi Ayah
- Pesanan hormati ibu (ulang-ulang)
- Pesanan taati bapa, Rasul & Allah.

Itu sahaja, biasanya row call ini saya jalankan secara santai dan anak akan bercerita. Biasanya ia berlangsung dalam 5 minit. Saya hanya bertanyakan dalam row call kepada Orked tetapi kemudiannya itu menyebabkan Seri yang berumur 2 tahun juga mampu meniru dengan cepat sekali. Sekarang Lela yang masih 9 bulan dan belum pandai bercakap juga sudah mula mumbling bila kakak-kakaknya membuat laporan. InsyaAllah very soon, Lela mampu berkata-kata dan berpendirian seperti mana saya ulang-ulangi kepada kakak-kakak mereka.


WAKTU PENTING PENDIDIKAN ANAK ADALAH DARI BUAIAN

Post ini saya kongsikan kerana banyak pertanyaan common yang orang bertanyakan kepada saya tentang kaedah pendidikan anak-anak saya khususnya dan Rumah Prihatin umumnya (yang masih kecil lagi). Memang lah, masa kecil bolehlah nak jaga begitu, nanti bila besar tak tentu lagi. Pada saya pula, jika tidak dimula dari sekarang nanti besar dah jadi liat dan bila dah jadi rebung pasti susah nak dilentur dan bentuk. Jika boleh pun dengan API & PAKSAAN (tapi siksalah).

Mengapa mereka bertanya begitu? Pasti bagi mereka yang pernah jumpa Orked, Seri dan anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin akan bertanya soalan yang sama kerana bual bicara mereka tak sama dengan kanak-kanak lain (Yang ragu dan sangsi boleh datang melawat Rumah ini). Perbualan mereka lebih kepada perkara yang sudah diterapkan dalam row-call itu. Maka setiap hari ada pendirian-pendirian yang ditanam dan diulangi. Isteri saya pula merapikan dan melaksanakan pendidikan secara akademik kepada anak-anak itu untuk mengejar visi yang saya (bapa) tanamkan.

Mungkin ada yang pelik bila kanak-kanak ini bertanya kepada kakak-kakak sukarelawan dari universiti tempatan yang membuat program menceriakan anak-anak Warga Prihatin ini mendengar soalan dari anak sebesar Orked (4 tahun) yang berbunyi lebih kurang sebegini ;

Orked : Kak, apa RASIONAL gerakan ini? (bila disuruh menari)
Siswi : (Terkejut) Ohh..ini untuk kita suka-suka main bersama.
Orked : Ayah saya pesan, semua perbuatan dan permainan perlu ada FUNDAMENTAL yang kuat supaya mampu memberi PELAJARAN kepada anak-anak kecil seperti kami. Jika kurang kebaikannya, saya minta izin untuk tidak ikut aktiviti ini boleh tak kak?
Siswi : (Menoleh ke arah saya dengan senyum) Bijaknya budak ni.

(Kemudian baru siswa siswi itu mula menerangkan rasional aktiviti yang mereka mahu lakukan sebagai pelajaran kepada anak-anak kecil itu. Rasional yang melebihi sekadar suka-suka sahaja).


Satu lagi, jika yang sebesar Lela tu perlu juga ke masuk row call ?

jawapan saya, semestinya kerana disiplin row call hanya saya terap pada Orked tetapi Seri tahu dengan CONTOH kakaknya, Lela juga nanti akan dapat melalui contoh kakak-kakaknya. Kerja saya kan jadi mudah?

Selain dari itu, row call membentuk disiplin anak yang DATANG BILA DIPANGGIL. Sedih melihat zaman ini apabila anak dipanggil sampai dikejar dan ditangkap juga masih tak mahu datang. Semasa kecil ok lah, bila dah besar nanti bila dipanggil terus lari rumah pula.

Banyak masalah BESAR anak-anak kita sekarang ini terjadi apabila kita mengabaikan banyak perkara-perkara kecil pada awal pembesaran mereka. Antaranya ialah SILATURRAHIM (yang saya buat dalam bentuk row call dan bukannya PS3, Game console, tablet, smartphone dll). Mendidik anak zaman ini memang mencabar. Mari kita bincangkan perkara ini.

SAIFUL NANG



sumber:https://www.facebook.com/snfanclub?ref=stream

Cute Pink Kaoani
 

Copyright © 2012 Reserved to Kinara kinatara
Design by kinatemplete by farisha idayu