.. close

: WELCOME :

selamat datang semua ke blog kina :)

28 December 2011

Apa khabar jodohku?
Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.
Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

14 December 2011

indahnye hidup ini....

assalamualaikum
(wajib jawab)



hye kawan2 kina,ape khabar semua?
sihat?
hope korang sihatlah...


indahnya hidup jika beryariat...
al Quran dan as Sunnah jadi pegangan..


percaya atau tidak jika kina cakap yang kalau hidup kita penuh dengan pegangan dari kedua-duanya
hidup kita akan sentiasa aman dunia akhirat...



berpeganglah dengan tali Allah,pasti kehidupan kita 
akan lebih indah dan bersyariat...


nota kaki:
              sekarang umat nabi Muhammad banyak yang terpesong,
              ramai di kalangan mereka mempunyai tahap cemburu yang dasyat...
              sihir-mihir menjadi pekara biasa bagi mereka..
              doa kina semoga mereka di berikan pertunjuk dan hidayah dari-NYA...
              amin...

16 November 2011

nothing:)

assalamualaikum
(wajib jawab)



hye sahabat2 kina amacam sihat x???
hope sihatlah kan...
law x sihat g klinik taw..
ambik ubat...
heheh

xdek per sanad kina nak cakap just nak menaip jew..
hehehe...
kina dah nak balik uiteem...
aduh...malasnye rase..
macam2 nak kene pikir..
kan best law kina dah habis belajar..hehhe
berangan jer kina tahu..
hehhe..
okeylah 2 jew kowt..
daaaaaaaa.
salam...

09 November 2011

cerpen?

Assalamualaikum

(wajib jawab)

Hye  kawan2 kina..

Amacam?ade sihat?

Harap korang2 semua sihatlah…

Hehhe.doakan kina jugak k…

Sebenarnya dulu kina wat blog ny sebab nak sharekan cerpen…

Xp kina takot….

Kina ade jugak berjinak2 nak wat novel..

Xp mase x mengizinkan….

Sibuk n study…

Heheeeehee..

Ape pendapat korang law kina wat cerpin dan postkan dalam blog kina ny..

Xp kina x berape pandai sangatlah tentang ict2 ny….

Heeheehh..

Aty korang coment taw pendapat korang…..

Okey..

Aty lain mase kina post ag…

Assalamualaikum…


07 November 2011

percaya bomoh?

Assalamualaikum

(wajib jawab)

Hye..kawan2 kina semua ape khabar?

Ade sihat?

Thanks coz sudi singgah blog kina yang tak seberape ny..

Law sudi follow lah ye…heheehe….

Okey hari ny tajuk kina bomoh..

Kenape kina pilih tajuk ny..

Kina just nak kongsikan pendapat kina n korang semua…

Ape pendapat korang tentang bomoh…

Bagi kina serius memang kina kurang percaya n bomoh ny…

Tambah2 yang sampai bertukar2 roh ny….

Tolonglah paham…

Lebih baik kite jumpe ustaz,dari bomoh…serius

Kina x suke..

Bukaqn per law jumpe ustaz paling2 pown ayat suci al-Quran yang dye bace..

Xp law bomoh korang ley bayangkan kan ape yang dye bace….

Segala mantera yang tah paper 2..

Seriuslah korang..

Berpeganglah kite pade tiang ALLAH….

QURAN 2 jangan tinggal….

Heheh…emosi pulak kina…

Serius kina bukan sorang yang perfect…

Xp bab2 ny kina mang sensetif…

Tolonglah jangan terlampau percaye anti membawa ke syirik taw…



Law santau ke ilmu guna2 ker jumpalah ustaz..

Xpown jumpe jer asraff muslim 2….

Heheeh..jangan lah jumpe2 bomoh ny….

Ayat Quran 2 penawar segala penyakit…

Amalkan….

Contohnye kelebihan ayat qursi ny….

Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat





Yang ny sebenarnya yang kite patut percaya..

Okeylah aty kina berceloteh agy…

Assalamualaikum…


03 November 2011

result!result!result!

assalamualaikum...
(wajib jawab)



okey ri ny kina nak cakap pasal result...
yup result..
kenape tibe2 cakap sal ny...
ha....sebabnye semua pelajar uitm akan ambik result esok...
xp bukan
bermaksud ambik result  kat kampus taw...



waaaaa takutnye kina nak ambik result...
harap2 okeylah kan kawan2....


gudluck 2 all uitm diploma student.....
















01 November 2011

sejarah bola tampar

assalamualaikum

(wajib jawab)
hari ny kina nak ceritakan tentang sejarah bola tampar..

BOLA TAMPAR



Pengenalan
Sejarah atau bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, tetapi dipercayai bahawa terdapat satu permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah, Selatan dan di Asia Tenggara.
Di dalam sebuah buku bertajuk Sports and Games yang di karang oleh Howard Keith pada tahun 1942 telah menyatakan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada permainan Fraust Ball yang mana telah diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. pada tahun 1895 David McConnaugh telah memperkenalkan permainan Minton dan di bawa ke Amerika Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.
Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan pada tahun 1870-1942 sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula,permmainan ini telah menggunakan bola keranjang, bola ini di pukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara seperti menimbang bola takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh masyarakat.
Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896. Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi Negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.
Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula.
Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan.
Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946.
Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.

Contest Mari Berpantun Bersama YUI

 
 
assalamualaikum
(wajib jawab)
 
okey hari ny kina nak join satu segment dari akak yang kiut miut ny-->cik yui
...
okey di bawah syarAt2nye....
 
 
syarat yang mudah+simple
 
 
TAJUK ENTRY : Contest Mari Berpantun Bersama YUI

BANNER : Sila TEPEK BANNER kat atas dan LINK kan entry ini

PANTUN : Xkisah 2 kerat ke, 4 kerat ke, *asal leh jadi pantun

dan pantun mesti bertemakan "HARI LAHIR"
 
 
 
okey pantunnya di sini:
bace taw cik YUI...
 
"budak lelaki ade halkum,
assalamualaikum"
 
"budak2 mandi perigi,
selamat hari jadi"
 
"gosok gigi berkumur-kumur,
somoge panjang umur"
 
"sebelum tidur basuh kaki,
moge-moge murah rezeki"
 
"akak mengidam makan kuini,
nak hadiah x ni"
 
"pergi sekolah belajar pendidikan jasmani,
pantun kina hanya setakat ini"
 
 
 
 
 
 
 
so amcam cik YUI...ade chan x ny....
lari tema x???
 

segment miss nadya::100 follower ke bawah


assalamualaikum
(wajib jaWAb)

                                                          entry kali ny hanyalah semata2 nak join segment yang agak menarik dari-->miss nadya .. tajuk segmenye macam kat atas 2 ye....

                    okey sape2 nak join syaratnya adalah seperti di bawah....

Cara nak join segmen ni ::

1. Buat tajuk entry anda Segmen Miss Nadya :: 100 Follower Ke Bawah
2. Copy header di atas dan linkkan ke entry ini.
3. Pertolongan kecil dari nad, Like Miss Nadya Graphy dan Miss Nadya Punyer Blog
4.Tinggalkan link korang di kotak komen nad. Kalau tinggal di shoutbox tidak dilayan.TQ.
5. Close Date :: 30 November 2011 bersamaan akhir bulan November..^_*





             nota kaki:tujuan kina join segment nie hanyalah untuk mencari kawan2 baru dan
                             menambahkan kawan2 di dunia ini....hehhehe....hope sudi berkenalan...
                         
                            to miss nadya thanks 4 this interest segment...i love it....<3

somting yang special

Assalamualaikum


(wajib jawab)


Hye kawan2 ape khabar….ade sihat?


Yang x sihat 2..makan2lah ubat taw….


Okey entry kina kali nie kina nak bercerita tentang sesuatu yang special,hehehe..


Mesti korang semua tanyakan ape yang special sangat 2…


Sebenarnya pekara ny bukan special,xp kina terpangil untuk menulis entry kali ny…


Bukan ape sejak cuti sem ny kinalah yang selalu antar n ambik adik kina dari sekolah.


Jadi dalam mase tersebut 2 3 kali kina selalu Nampak seorang mak cik yang usianya mungkin sama dengan mak kina….iaitu di akhir 30-an.makcik ny selalu menaiki basikal dan di tempat duduk belakang nya pasti ada dua orang budak yang memakai baju sekolah…


Korang paham2lah kan yang budak 2 nak g sekolah di hanta roleh ibu diorang.kan…


Subahanallah,cube korang bayangkan sebuah basikal yang di naiki oley 3 orang dalam satu2 mase,x ke berat basikal 2..sunguh mulia hati seorang ibu,kerana kasih dan sayang nya terhadap seorang anak sanggup dya mengayuh basikal itu berkilo meter dari rumah jaauhnya…


Begitu mulia hati seorang wanita…atau lebih tepat lagi ibu…


Moral of the storynya..kina harap kite semua menghargai pengorbanan seorang ibu dan tidak di lupakan juga bapa..kerana tampa merela siapalah kita….xkan wujud kita di dunia ini..


Ingatlah pengorbanan mereka yang telah membesarkan kita dengan susah payahnya…kalau di hitung dan dikira jasa mereka memang tidak terhitung dan tidak terbalas…


Mari kita doakan kedua2 ibu bapa kita di tempatkan di singgah sana yang terpuji…di sisi ALLAH..amin  mudah2an….





Nota kaki…hargailah mereka selagi mereka ada di sisi kita…

30 October 2011

join segment cik CWL~sahut cabaran bajet kahwen hanye Rm300~

assalamualaikum...
(wajib jawab)

ape khabar semua..ade sihat...
okeylah arynie kina nak join satu segment ny...
tekan sebelah-->cik CWL 
tajuknye.SAHUT CABARAN BAJET KAHWEN RM300


okey ny lah karangan atau cerita mengenai bajet kina....


                 Kalau saya kawin, urm,kawen,waduh2 indahnye dunia ny kan…Hahaha…celop poket duit ade rm300 jew…cukup ker?macam ane ny..xkawinlah kina nampaknye…waaaaaaaLwaaaa..nak kawin…Piker punya pikir… ting…ting..idea dah kuar…
                Alah ape susah insyaallah cukup punye duit 2…bukankah bersederhana 2 amalan Nabi kite… “bukan kedekut taw”
                Okey firstly, mesti pikir pasal sape yang kite nak jemputkan? Okeylah sekarang ny kan zaman dah maju…gunakanlah kemajuan itu..hahhah..tweet ajelaH…or video call kat skype..mudah saje..xpown suh my future husband watkan design kad kawen 2…pastu tag n invite kawan2 yang kenal jew…ha..kan dah sentel cost ok kad kawin rm00.00 jew…okey letuww..
                 Second,kite mesti pikir tentang pakaian,untuk angkat nikah  dan bersanding bagaikan…ahah..budjet ade 3ratus jew ny…okeylah baju nikah mak ade ag dalam almari 2….masih elok dan sesuai n badan aku yang agak gempalny….nak tambah cantik tambah hiasan sket..haaa.aku kan pandai jahit manik2..ape susah g kedai beli manic..alaa kedai yang biase aku beli 2 mesti dapat diskaun punye…carik r warna yang maching…kira2 budjet tok 2 rm 10 henget jew…..so kina ade ag rm 290…banyak ag 2…baju untuk sanding?alah x payahlah…bukan ape sanding 2 adat jew..bukan sunah nabi…jadi xyah sanding..jimat duit baju..heheeh..just guna baju kurung raya yang Nampak masih baru ajer…kan senang di tv Sembilan..eh..salah2..
                Untuk cik abg tersayang pulak just pakai jew baju melayu yang maching lagi sedondon…kan dah janji baru raya tiap tahun warna sama..mudahkan..law nak tambahkan kecantikan baju 2 kasi kat kina..biar kina design sket2…hehe..Keris?alah bukan sanding pown..law nak jugak ambik kotak belakang umah..gunting jadikan macam keris..nak effect lebih,ambil jer kaler air adik warnekan..jimat2..
                Okey sekarang kita piker sal nak makan pulak..nak makan ape ek?ok dah tahu kampung aku kan femes ngan murtabak..”cikgu aku dulu pernah cakap law aku kawin n anak dye kendurinya makan murtabar…bek punya”haha.idea yang bijak..harga satu murtabak rm 2..harga sedara mara..tempah ngan paksedara aku..okey kita boley beli dalam 100 biji..pastu kite potong sepuluh…hahaha..dah jadi seribu..banyak 2..kang x habis pulak aty..so sekarang kosnya rm200..tingal lagi rm 90..okey bayar kat tok kadi rm30 cukuplah kan…tinggal lagi rm 60..hhaaa..nanti tetamu mesti nak tanda2 kenangankan..ape susah bkal suami kina kan pandai lukis…suh jew dye lukis gambar pengantin..pastu print banyak2kan..xpown aku pandai gaklah wat hiasan2 ny…gune barang terpakai suda….cos dye maybe dalam rm30..so kita ade ag rm30..nak wat per ek n duit 2…oooo.lupe pulak ape g untuk bulan madu r..x dapat bulan madu atas cruise atas bot pown jadi r..kat sungai Pahang..
                Yang ny susah sketlah..bukan ape seganlah nak tunjuk…CWL nak tengok jugak kew???okey nylah orang nye…




eh silap2....
tadaaaaaa


                Ny contoh lukisannye..comey x???





yamg bawah ny yang terbaru...



akhir kate nylah untuk tatapan cik CWL.....

sebelum 2 kina nak tag dekat..


nota kaki:thanks 4 the picture...
                encik saiful ikram...





28 October 2011

cara pemakanan rasululullah

cara pemakanan rasululullah

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,
keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kit a ikut diet ini kawan2.

tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


``````````````````````````

Nampak memanglah pelik..

tapi, kalau tak percaya...

kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.

Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.


Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime


Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Cara Rasulullah Makan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?


Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?


Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Sama2lah kita mengamalk


hari dan akibat(memotong kuku)

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih

perkongsian minda

 10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Semoga dapat menjadi amalan kita semua.. :)

kelebihan ayatul kursi

Assalamualaikum
(wajib jawab)


okey ary ny kina just nak kongsikan kelebihan ayat kursi


kelebihannya seperti di bawah....

Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat



                     ...............................................................

mak:)

orang kata aku lahir dari perut mak...

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati....... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu jerit... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku...... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

>Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari..... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku ( yg Islam jgn sambut tau.. haram!!! )

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu... aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

>Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.

perkongsian..


salam
(wajib jawab)

hye wat pe semua???
lame dah kina x post entry bukan per sibuk sket..

okeylah kina just nak hare gambar jew...
gambar karisma....


























sebenarnye banyak agi gambar yang nak kina kongsikan xp...line malam ny lembab lah kawan2...
aty ade kesempatan kina post agy k...



salam n selamat malam..

07 October 2011

perlu update....

assalamualaikum...

(wajib jawab)
hye kawan2 kina...amacam ade sihat...
hahhaaha..
thank kepade yang sudi follow blog kina....
hehehe...
walaupown blog kina ny tak seberape...
thanks...





ok berkenaan nan tajuk kina...
perlu update...
kenape???...
ok kina nak cakap kina bakal jadi PELAJAR PART 2 UITM SEGAMAT...

heheehe..itu maknanya kina dah habis paper...

hehehe...baru habis orang lain dah habis lame dah...
hehe..
kire kina ny macam ketinggalan zaman sketlah...

okey...siyes gile bosan duduk kat dalam dewan exam selame 3 jam....

x caye???

tengok ny..






x percaye lagi??



tengok ny...
3 HOUR....
hehh..ok sebenarnye kina tipu yang kina bosan...
faktanya mase tersebut tidak cukup untuk kina.....
hehehee...
gile dok soklan tahap perdana menteri pown x ley jawab...
hehehee....



okey r 2..ny kod subject yang kina ambik...
law korang nak tahu susah ke senang internet serchinglah ye...

  1. MAT123(GEOMETRY)
  2. MAT133(PRECALCULUS)
  3. QMT100(STATISTIK)
  4. BEL120(ENGLISH)
  5. CTU101(PENGETAHUAN ISLAM)
  6. HBU112
haaa..pandai2lah korang google serching....yeeee...
heheeheh..okeylah ny ade sikit gambar2 sebelum exam yang nak kina selitkan...
selamat mencuci mata..



name kawan kina...
PIKA





 
 
ny namenye roti IM-PIT...
ala2 mat rempit gi2..
kire femes r kat sini...
 
 
 
 
sedapnye....hehehee...
 
 
 
 
okey ny pulak gambar lepas habis paper...
 






okey 2 jep....
jumpa di post yang akan datang...
heheehe..jangan pelik n signicture kina...



ayah kina punye signiture ag awesome...
heheehe.....


daaaaa....
paper pown kina balik ary ny........
rindu pahang..



luve my mum n family...



 
Cute Pink Kaoani
 

Copyright © 2012 Reserved to Kinara kinatara
Design by kinatemplete by farisha idayu