.. close

: WELCOME :

selamat datang semua ke blog kina :)

28 January 2013

KISAH SEDIH " DOA SEORANG IBU " part 1




Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya. 

Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.

Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar......



****************bersambung******************
sumber muka buku..

13 coment cini:

Cikrosecute said...

tgh syok2 baca bersambung hihihi

Unknown said...

pjg sgt ke dear? smpai berpart-part ni.. huhu.. tak sabar nk baca.

Miss N™ said...

errkk..bersambung keee...
aedhh..!

Mrs Velentine said...

lah bersambung..ptong betullah..hehe

Chic Na said...

cepat sambung dik.. syok baca.

dariilhamkehati said...

berapa part nih , terkejut hamba , tgh membaca, bersambung , hehehe ~

kisah benar ker ape nih ?

RIZZNA said...

besarnya pengorbanan ibu, sanggup gantikn dgn nyawanya. anak2 sanggup ke? jaga pown belum tentu. tapi.......

kenapa bersambung?

Kekzamanis said...

KAsih ibu.. =)

Abang Karu said...

Owh di sini part 1...
Panjang nyaa......nnt mlm lah baca :D

shuhadaothman said...

tak ternilai pengorbanan sorang ibu. huwaaa, rindu mak! cepat le sikit cuti Y_Y

LYAfrina said...

menginsafkan..

tringat time mama lya jaga lya siang malam spnjang sakit dulu,.

9n0L4 said...

hehe. ni la yg sume mintak sambungan tu ye. :)

dya nasir said...

Besar pengorbanan seorg ibu.. xsyok..dh syok2 baca bersambung plak

Cute Pink Kaoani
 

Copyright © 2012 Reserved to Kinara kinatara
Design by kinatemplete by farisha idayu