.. close

: WELCOME :

selamat datang semua ke blog kina :)

01 November 2011

sejarah bola tampar

assalamualaikum

(wajib jawab)
hari ny kina nak ceritakan tentang sejarah bola tampar..

BOLA TAMPAR



Pengenalan
Sejarah atau bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, tetapi dipercayai bahawa terdapat satu permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah, Selatan dan di Asia Tenggara.
Di dalam sebuah buku bertajuk Sports and Games yang di karang oleh Howard Keith pada tahun 1942 telah menyatakan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada permainan Fraust Ball yang mana telah diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. pada tahun 1895 David McConnaugh telah memperkenalkan permainan Minton dan di bawa ke Amerika Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.
Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan pada tahun 1870-1942 sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula,permmainan ini telah menggunakan bola keranjang, bola ini di pukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara seperti menimbang bola takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh masyarakat.
Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896. Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi Negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.
Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula.
Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan.
Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946.
Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.

0 coment cini:

Cute Pink Kaoani
 

Copyright © 2012 Reserved to Kinara kinatara
Design by kinatemplete by farisha idayu