.. close

: WELCOME :

selamat datang semua ke blog kina :)

06 October 2012

kisah semut dan nabi sulaiman

assalamualaikum


Rasa rindu nak menaip. Tapi tak tahu perasaan takut apakah yang menghalang diri selama ini?
Takut akhawat-akhawat (eh eh ada kah?), ikhwah-ikhwah baca dan mengganggap diri masih dengan jahiliah lama? tak qawiy bagai, tak hebat lagi bergaya.

Takut apa yang diri taip tak mendatangkan manfaat pada orang lain? malah mendatangkan dosa.. nauzubillah.Cuba percaya diri. Sampaikan dengan seikhlas mungkin. Dengan harapan orang yang membaca mendapat 'sedikit' kesan, dan paling tidak pon membantu diri yang mungkin dah tersimpang tapi berlagak lurus! wah gitu.

wah ikhlas?? macam mana kita nak tahu.

"Ikhlas itu seperti surah al-Ikhlas. Di dalamnya tak ada satu pun perkataan ikhlas." :) tergambar bukan melalui kata-kata tetapi dari hati yang penuh rahsia. rahsia ni antara kita dengan Allah, bila mana kita lakukan utamakan Allah sentiasa. dengan erti kata skemanya ,skop yang meluas.

Petang tadi sempat mengerling buku usrah seorang sahabat. (ceh padahal nota sendiri,siapa lagi yang suka menulis cakar ayam nih) Tertulis di dalamnya.. "Hidayah itu bukan semua orang dapat, tapi bagi sesiapa yang dapat ke mana hidayah itu disalurkan?" dan sebuah kisah yang menarik antara nabi sulaiman dan semut

Banyak perkara di dunia ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T.  untuk manusia, agar di gunakan dalam usaha mencariNya. Oleh itu jangan sampai kita lupa kepada Allah S.W.T. apabila kita telah mendapat nikmat dari-Nya.
Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebutir gandum. 
Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di dalam sebuah botol dengan di letakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup (diberi lubang sikit untuk udara masuk ke dalamnya). 
Cukup tempuh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. 
Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum? 



kisah nie kina ambil dari blog seorang sahabat blogger kina..banyak perkongsian di sana..untuk membaca lebih lanjut si ke belog beliau...http://akhiosem.blogspot.com/2012/10/gantung-diri.html 

PENDERITAAN SAUDARA SEISLAM KITA



Tidak semua umat Islam kat muka bumi ini bertuah seperti bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia yang tercinta. Baru tersedar sebenarnya, tak semua Muslim dapat manyambut Ramadan dengan meriah seperti mana meriahnya solat terawih di Malaysia, Mekah dan Madinah. Rupanya, ada di antara saudara seiman kita  di bulan Ramadan yang mulia ini berhadapan dengan peperangan, kebuluran, pembunuhan dan penganiayaan.


Hati cepat jadi sebak dan sayu.  Kadang-kadang perasaan tu datang tanpa sedar.  Mana yang tabah dan kuat pasti meruntun melihat saudara seislam sendiri ditindas,...  Insyaallah, mengalirlah airmata untuk kebaikan seorang hamba kepada penciptanya, menangis kerana rindu seorang hamba kepada Rasulallah s.a.w


Siapakah mereka?

Merekalah saudara-saudara seakidah kita di Rohigya, Syria dan Palestin. Di Syria rakyatnya diancam peperangan, di Myanmar pula penduduk Rohingya tertindas dan di Yemen dan Sudan penduduknya diancam kebuluran.MasyaAllah, deritanya mereka.  Sedangkan kita kadang-kadang baru ditimpa sedikit masalah pun sudah tidak dapat bersabar.


Ya Allah, sabarnya mereka ini.  Tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman ya Allah. memang tidak dinafikan, berat mata memandang,berat lagi bahu memikul, andai kata Allah terbalikkan bi'ah (suasana) mereka ke arah kita, bagaimanakah kita menerimanya ? sudah tentu payah kerana latar yang kita terima sebelul ini berbeza dengan mereka yang telah lama merasai peritnya, maka ambillah ibrah dan as a muslim, bantulah jalan Allah ini, saudara-saudara seislam kita :')


Sedikit info mengenai Rohingya ialah, krisis mereka bermula sejak tahun 1938 lagi yang berpunca daripada diskriminasi agama dan matlamat utama serangan mereka ialah penghapusan Islam dan etnik Rohingya. Sasaran serangan kejam tentera-tentera Myanmar (dahulunya dikenali sebagai Burma)  ialah ke atas belia Islam.


Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh sehingga sekarang data yang diterima adalah samar-samar kerana telah dimanipulasi media barat untuk melihat bahawa isu rohingya ini adalah isu kecil sahaja padahal sebaliknya.



kina dapat nyh dari blog seorang kawan..kina hanya copy n paste ke blog kina...nyh hanya separuh..lebih maklumat boleh ke belog beliau..blog beliau penuh dengan perkongsian..http://akhiosem.blogspot.com/2012/09/penderitaan-saudara-seislam-kita.html

05 October 2012

kata2 hari ini

Jangan Dalam Islam - JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat. - JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. -JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna - JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan. - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan. - JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. - JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. - JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah. - JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia. - JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula. - JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita. - JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa. - JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita. - JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. - JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. - JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
Cute Pink Kaoani
 

Copyright © 2012 Reserved to Kinara kinatara
Design by kinatemplete by farisha idayu