03 October 2012

risiko kanta lekap


RISIKO KANTA LEKAP

Kanta lekap berperanan besar dalam membantu memperbaiki penglihatan. Pemakai kanta lekap ini bagaimanapun terdedah kepada pelbagai risiko tersendiri jika penggunaannya tidak dibuat dengan cara yang betul.

Pada dasarnya, kanta lekap adalah menempelkan benda asing kepada mata. Dengan demikian, ia berpotensi mengganggu keseimbangan mata terutamanya jika tidak dibersih mahu pun ditanggalkan sebagaimana waktu yang telah ditentukan.

1- IRITASI

Risiko utama adalah iritasi (kegatalan). Iritasi disebabkan oleh jangkitan mata dan boleh mengakibatkan kebutaan. Oleh itu tangan harus dicuci bersih semasa memasang kanta lekap agar tiada bakteria dapat masuk sewaktu pemakaian.

Kebanyakkan jangkitan mata berpunca daripada perawatan dan pemeliharaan kanta lekap yang tidak sempurna. Ia juga boleh berpunca daripada tempat penyimpanan kanta lekap yang tidak dibersihkan dan menjadi tempat pembiakkan bakteria. Pemakai kanta lekap perlu memastikan aspek kebersihan mata dan tangan dan tempat penyimpanannya benar-benar terjaga.

2 - PENGURANGAN OKSIGEN

Mata memerlukan oksigen. Pada waktu tidur, kadar oksigen pada mata berkurangan sehingga 1/3 dari ketika mata dalam keadaan berjaga pada waktu siang.

Pemakaian kanta lekap pada waktu tidur akan menyebabkan pengurangan oksigen yang ketara dan boleh mengakibatkan lapisan permukaan mata mudah mengalami pembengkakan terutama pada waktu pagi. Pemakai kanta lekap dengan itu disaran menanggalkan kanta sebelum masuk tidur.

3 - MATA MERAH

Kanta lekap boleh menyebabkan lapisan mata mudah tergores dan teriritasi. Tanda awal ialah mata menjadi merah.

Pemakai kanta lekap disaran menanggalkan kanta apabila mata nampak merah. Jika tidak ditanggalkan, mata berpotensi dijangkiti kuman. Jika kuman kebetulan dari jenis yang sangat berjangkit, permukaan selaput mata boleh bertukar putih dalam masa 24 jam.

4 comments:

  1. betullah2..senang kata mmg pakai kanta lekapnie memerlukan komitment yang tinggi jgn sampai mata tercedera dek sebab tak disiplin..huhu

    ReplyDelete
  2. Nasib baik tak jadi pakai contact lens ari tu..

    ReplyDelete
  3. @Si Matatajamboleh pakai kak xp kene pandai jaga displin:)

    ReplyDelete

hye selamat menconteng..thanks sudi komen entry kina yang tak seberapa ny..salam kenal..salam blogging..hehe:)

kina akan terjah ke blog anda..cuma cepat atau lambat je..kina janji..:)