03 October 2012

kegunaan kanta lekap


Banyak orang suka pakai KANTA lekap ni...ada yang pakai pasai rabun dan ada yang pakai untuk nampak cantik...Kita nak pakai apa pun mesti lah kena tau cara2 dan penjagaannya betoi...Kualitinya dan kebersihannya pun amat penting supaya mata kita selamat daripada perkara2 yang tak diingini....

Inilah jadinya kalau kita pandang ringan dan tak ambik tau pasai KANTA lekap yang kita pakai ..

Kanta lekap adalah kanta yang dipakai terus pada mata bagi memperbetulkan kecacatan refraksi.Terdapat tiga jenis kanta lekap iaitu keras, separa keras dan lembut. Bagi kanta lekap
keras dan separa keras, ia dipisahkan oleh satu lapisan cecair air mata. Kanta lekap
lembut, ia hampir bersentuhan atau melekap pada lapisan epitelium kornea mata.

KEGUNAAN KANTA LEKAP

1. Menggantikan cermin mata bagi memperbaiki kecacatan dan meningkatkan ketajaman mata.

2. Perlindung untuk beberapa jenis penyakit kornea.

3. Memberi keselesaan kepada pemakai. Bayangkan seorang ahli sukan seperti pemain bola sepak yang terpaksa menggunakan kaca mata. Sukar, bukan?

4. Untuk tampil bergaya. Penggunaan kanta lekap berwarna untuk yang bermata normal adalah satu trend sekarang dan sekadar `berseronok-seronok'.

2 comments:

  1. num 3 tuh akaklah dik uii.mmg main bole agak payah kalau pakai spek.huhu tapi tuh dulu masa blum kawin.hehe la nie anak2 dah kalau pakai nnt payah nak kasik komitment

    ReplyDelete
  2. @wan nurul hezrinahehehe..samelah kita kina un yang number 3:)

    ReplyDelete

hye selamat menconteng..thanks sudi komen entry kina yang tak seberapa ny..salam kenal..salam blogging..hehe:)

kina akan terjah ke blog anda..cuma cepat atau lambat je..kina janji..:)