Antaranya adalah kerana merokok, minum kopi dan teh berlebihan, menggunakan gincu murah dan sebagainya.
Jika anda juga mempunyai masalah bibir gelap, jangan risau kerana kami ingin berkongsi dengan anda cara-cara untuk mencerahkan kembali bibir anda;
1. Anda boleh gunakan berus lembut atau berus gigi untuk menanggalkan sel kulit mati atau rekahan bibir yang kering. Apabila sel kulit mati telah dibuang, sel kulit yang baru akan kembali dan mengembalikan kelembutan bibir.
2. Letakkan madu di bibir anda selama 15 minit sebelum dibasuh dengan air. Lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
3. Letakkan ubat gigi pada bibir selama 3 minit dan dibasuh dengan air. Lakukan setiap hari sehingga warna bibir menjadi agak cerah.
4. Sapukan santan kelapa pada bibir untuk membantu mencerahkan kulit bibir. Sapuan dilakukan sebelum tidur pada setiap malam sehingga bibir cerah kembali.
5. Kurangkan merokok. Perokok tegar memang sudah arif yang bibir yang terdedah dengan nikotin akan menyebabkan bibir menjadi gelap.
6. Hadkan daripada mengambil minuman kopi dan teh. Ia memang akan menggelapkan bibir anda jika terlebih minum kopi dan teh.
7. Sebelum membeli gincu, anda boleh buat 'patch test' dahulu. Sapukan gincu pada tangan anda. Jika anda merasa gatal-gatal atau alahan, elakkan dari membeli gincu itu. Selain itu tanggalkan gincu sebelum tidur dan bersihkan bibir anda. Paling penting adalah jangan gunakan gincu yang sudah tamat tempoh.
8. Jika anda keluar rumah, jangan lupa untuk sapukan lipbalm untuk melindungi bibir dari sinar UV. Ini kerana pancaran matahari bukan saja boleh menggelapkan kulit, tapi juga boleh menggelapkan bibir.
9. Makan buah-buahan segar dan sayuran serta minum air dengan secukupnya.
Diharap dengan tips ini dapat membantu anda untuk mendapatkan kembali bibir yang cerah dan jelita. Selamat mencuba!
nice tips , thanks for sharing :D
ReplyDeleteTips yang menarik nih.. Harus cuba! Thanks Kina for sharing.. =)
ReplyDeleteZON PERMAISURI CHOMEL
pernah buat colgate tu, tapi xsesuai...bibir jadi luka...pedih..huhuh
ReplyDeletetq for the information :)
ReplyDeletenice tips.. biasanya bibir gelap ni puncanya merokok kan? tp x smua la kot.. =)
ReplyDeletethanks for the share....
ReplyDeletewahhhhhh nak kena cube nie... :)
ReplyDeletetips yg menarik. tq. :)
ReplyDelete