maka inilah sambungannya..saja bagi ruang untuk berfikir pengorbanan ibu..
dan pengorbanan kita untuk mereka...
cukupkah???
sambungan cerita sini
Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.
Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;
“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.
Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?
sumber muka buku...
Doa nur tentulah mohon Allah sentiasa lindungi kedua org tua nur..
ReplyDeleteermm..selagi blh sentiasa doakan supaya ibubpa kita sihat
ReplyDeleteerrr termenung sekejap. mestilah doakan ibu bapa panjang umur & diberi kesihatan yg baik.
ReplyDeleteSolehah berdoa semoga mak dan ayah solehah dapat mengerjakan haji dengan secepat mungkin. Aamine...
ReplyDeleteDoa akak untuk mak dan ibu bapa mertua akak agar mereka sentiasa dalam keadaan sihat dan di bawah lindungan dan kasih sayang Allah selalu..
ReplyDeletetakde la , CP pernah hadapi situasi mak CP saket teruk dulu , sampai takleyh tidow ..
ReplyDeletealhamdulillah , takde doa macam tuh ... mati tuh pown bukan benda yang senang , and bukan konpom kiter tak terseksa ... haish ~
sentiasa minta moga kedua ibu bapa diberikan kesihatan yg baik...dan panjang umur..
ReplyDeletelaaa... sikit je pun sambungannya..ingtkan pjg lagi..huhu..
ReplyDeletehurm..seharusnya doakan ibu cpt smbuh dan hilang rasa sakit ats penyakit yg dialaminya.. tp wallahualam.. apapun bersangka baiklah..:)
Akk selalu doakan ibu bapa akk sihat sentiasa dan bahagia disamping kami anak2nya..
ReplyDeletemasa ayah akak sakit sebolehnya meminta dibaikkan drp sakitnya..tapi bila dia pergi menghadap ilahi baru kita terfikir mungkin Allah lebih sayangkan dia taknak dia derita sakit selamanya..cucuk sana sini..sakit segala urat bila kena cucuk,bersembur darah...kita tgk tak sanggup kina=(tapi doa tetap dipanjatkan supaya dia sembuh.sehingga hari ini masih memanjatkan doa supaya tiada kesakitan di alam sana..biar dia ditempatkan sebaik2 tempat di sisi Allah..
ReplyDeleteMV doakan mak abah sentiasa sihat
ReplyDeleteKina..
ReplyDeleteakak selalu terlepas entry kina.. haishh.. tapi entry kina ni best lah..
tersentuh hati akak.. :(
hargai ibu bapa ketika mrk masih ada.
ReplyDeleteerrk...no komen....huhu....rasa mcm citer FB ni melebih2 pulak...entah lah...
ReplyDeleteberdoalah agar ibu beroleh rahmat ..insha Allah
ReplyDeletebanyak pengajaran kisah ni
Aiseyman...kena baca part 1 dulu lah.....
ReplyDeletePart 1 lom baca lg hehee
anak sepeluh belum tentu mampu jaga ibu seorg... tp ibu seorg mampu jaga ank sepuluh...
ReplyDeletebegitulah kasih ibu, hingga ke titisan darah terahir pon sanggup lakukan apa shj utk ank tersayang
kalau ain, ain akan doakan supaya sakit ibu ain dikurangkan..kalau tak boleh..bia ain tanggung sikit...tak sanggup ibu yang tersayang sakit tenat..
ReplyDeletekalau ain, ain akan doakan supaya sakit ibu ain dikurangkan..kalau tak boleh..bia ain tanggung sikit...tak sanggup ibu yang tersayang sakit tenat..
ReplyDeletebile kite jadi ibu nnt, baru lah kite akan faham hati ibu ni mcm mane. :)
ReplyDeleteWilma percaya perkara ini benar-benar terjadi kan ^_^
ReplyDeleteBila Wilma baca cerita Kina nie membuatkan Wilma merenung peribadi Wilma sendiri...Adakah Wilma melayan ibu Wilma dengan selayaknya...Thanks Kina di atas sharing Kina nie :-)
Kisah benar ke
ReplyDeletehurmmmm.....doa bergantung pd keadaan. tp, sanggup kah kita bila melihat ibu sendiri terlalu menderita dan nazak, dan bila ia pulih beliau tdk berfungsi apa2. tapi kalau sudah menderita terlalu lama dan tak menampakkan tanda2 untuk pulih, baiklah kita redhakan sahaja pemergiannnya.
ReplyDeletebegitu juga, sebgai ibu. kalau boleh didoakan kepulihan anak, doakanlah ia pulih dengan segera dan menjalani kehidupan seperti biasa. CiM pernah menghadapi aak CiM warded 2x dan menjalani pembedahan membuah beberapa saluran dibhgn lehernya. waktu tu CiM hanya doakan ygbterbaik sahaja, agar Allah memudahkan segala urusan.
semuanya terletak di pada takdir. kita hanya perlu berdoa dan merancang yang terbaik, selebihnya adalah kuasa dari Nya.
Tentulah akak sentiasa doakan kesejahteraan ibu bapa akak dan moga panjang umur..tanpa depa sunyi la dunia akak ni
ReplyDelete