Alkisah sebuah temuramah kerja
200 menghadiri satu temuramah untuk kerja design bangunan…
Jamal, salah seorang yang menghadiri temuduga tersebut telah menyiapkan diri dengan pelbagai aspek mengenai design bangunan…
Ketika ditemuramah, Jamal dan 200 lain terkejut… soalan yang diberikan kepada mereka.
Soalan itu berbunyi:
Bayangkan anda sedang memandu di suatu malam yang beribut lebat… dan kemudian anda melalui sebuah perhentian bas dan terdapat tiga orang menunggu di sana.
1. Seorang wanita tua yang kelihatan seolah-olah bakal bertemu ajal…
2. Seorang sahabat lama yang pernah menyelamatkan nyawa anda satu ketika dulu…
3. Seorang yang anda impikan selama ini untuk menikmati hidup bersama…
Siapakah yang anda akan mengambil, jika anda hanya boleh mengambil seorang sahaja penumpang?
Fikir baik-baik sebelum menjawab…….
Jamal tersentak… “Apakah ini soalan design?”
“Apakah ini soalan main-main? Apa kena mengena soalan ini dengan kerja yang saya apply?” rungut beliau.
……………….
Jamal memikir…………
1. Jamal patut ambil wanita tua yang kelihatan bakal menemui ajal, oleh sebab itu Jamal patut menyelamatkan wanita tua tersebut dulu.
2. Atau Jamal patut mengambil sahabat lama kerana dia pernah menyelamatkan nyawanya – ini waktu tepat untuk membalas budi…
3. Tapi jika Jamal ambil (1) dan (2), Jamal mungkin tidak akan terjumpa orang yang diimpikannya selama ini lagi…
............
............
Akhirnya, Jamal menjawab – ‘Saya merasa soalan ini tidak adil dan tidak relevan untuk design. Jika saya terpaksa memilih, saya akan mengambil (1), kerana menyelamatkan nyawa lebih penting…”
Jawapan Jamal menyebabkan dia gagal untuk mendapat pekerjaan tersebut.
Jamal tidak berpuas hati lalu pergi bertemu dengan orang yang menemuramahnya dan bertanya mengapa dia gagal….
“Apakah jawapannya? Either orang jawab (1), (2) dan (3). Takkan orang sanggup bayar budi sahabatnya dan membiarkan wanita itu mati dapat kerja ini. Takkan pula ada yang sanggup meninggalkan wanita tua yang nak mati dan sahabatnya untuk orang yang diimpikannya mendapat kerja ini?” kata Jamal dengan benggang.
Penemuramahnya dengan tenang menjawab:
“Daripada 200 orang yang datang, hanya satu saja menjawab dengan kelainan dan itulah yang kami berikan offer,” katanya…
“Apakah jawapan itu?” tanya Jamal.
Penemuramah itu memberikan kertas jawapan kepada Jamal…
Jamal terus meninggalkan tempat itu dengan perasaan malu teramat sangat…
............
............
............
Kertas jawapan itu tertulis:
‘Saya akan memberi kunci kereta kepada sahabat saya di (2) untuk menghantar wanita tua (1) ke hospital. Saya akan tinggal di perhentian bas bersama orang (3) dan menunggu sahabat saya (2) untuk mengambil saya dan (3). Dengan ini, saya dapat menyelamatkan (1), membalas budi sahabat saya (2) dan juga bersama orang yang saya impikan (3).
Mengapa anda tidak terpilih?
‘Kami merasakan daripada segi teknikalnya, ada yang lebih baik dan ada yang kurang baik. Tapi dalam dunia design, kita memerlukan mereka yang boleh berfikir di luar kotak, dan melepaskan diri daripada belenggu minda.’
Faham isi tersirat cerita ini?
Mmg layak la kawan tu dapat job tu yek..mmg terbaik jawapan dia,,
ReplyDeletekira pekerjaan tu perlukan org yg kreativiti...
ReplyDeleteorang yg dpt fikir di luar kotak ni memang hebat.. tengok, dah dapat kelebihan... jawapan yg kreatif dan sgt diperlukan utk job tu.. bkn jjawapan yg tipikal..
ReplyDeleteFaham..faham..akak pun tadi jawab sama cam jamal la..hahaha.
ReplyDeletewahhhh,sau jawapan yg baik. Mesti dia akan dpt job tue :)
ReplyDeletefaham2....memang layak dia tu dpt job :)
ReplyDeleteSenang je dik,saiz header jgn terlalu besar,jangan terlalu banyak widget,mana yg perlu je,actually bloglist tu kira berat juga,tu yg kak buat di blog lain tu..huhu.
ReplyDeleteooo hehe faham2..jwpn terbaik tuh..fuhh
ReplyDeleteterbaik punye jawapan.. siyes baca 2x.. haha
ReplyDeleterasanya mmg ditakdirkan kerja2 untuk dier.hahaha
ReplyDelete