murtad??
assalamualaikum..
aku berlindung dengan ALLAH dari syaitan yang direjam..
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani
mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang cuba kina singkapkan..maaf kina bukanlah ustazah bukan juga pakar agama..cuma hamba allah yang mendambarkan syurga dan rindu untuk bertemu-NYA.. bukan juga seorang ulama yang lantang berkata-kata.. kina juga manusia yang serba kekurangan..
cuma gara-gara wall facebook yang memaparkan sesuatu yang menyebabkan hati ini meronta-ronta membuatkan jari terus menari dan menari di papan kekunci ini..tiada niat untuk print screen gambar tersebut kerana terlalu kecewa dengan golongan itu..dan mungkin juga bakal mengaibkan dirinya dan keluarganya..jadi kina tidaklah printscreen..(maaf)..
kenapa mereka murtad?apa punca mereka murtad?siapakah yang bersalah?siapalah ibu bapa mereka?mengapa memilih jalan itu?belbagai persoalan bermain di benak fikiran kina..semua nya sukar untuk dirungkai.terlalu komplex bagi orang seperti kina..dengan bantuan google..dapatlah kiranya kina berkongsi dengan kawan2 yang kina kasihan dan mintak di jauhi dari segala yang terlarang dan di larang..
dari blog seorang rakan:
Murtad dari segi bahasa bererti kembali daripada sesuatu dan menuju kepada sesuatu yang lain daripadanya (al-Zuhaili. 1997 : 5576). Murtad juga disebut dengan perkataan irtidad atau Riddah.
Manakala dari segi istilah syarak murtad ialah memutuskan Islam atau kembali daripada Islam kepada kufur selepas menganutinya dan seterusnya menganuti mana-mana agama atau mana-mana pegangan akidah (al-Zuhaili. 1997 : 5576).
Seksyen 23 (1), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, Negeri Kelantan mentakrifkan irtidad ialah apa-apa perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan oleh seseorang yang mukallaf yang mana perbuatan atau perkataan itu mengikut hukum Syarak adalah menjejaskan atau berlawanan dengan akidah agama islam; Dengan syarat perbuatan itu dilakukan atau perkataan itu disebutkan dengan niat, dengan sukarela dan dengan pengetahuan dan tanpa apa-apa paksaan oleh sesiapa atau oleh keadaan.
Seksyen 23 (2) pula menyatakan; Perbuatan-perbuatan atau perkataan-perkataan yang menjejaskan akidah itu ialah perbuatan-perbuatan atau perkataan-perkataan mengenai atau bersabit dengan perkara-perkara asas yang dianggapkan mesti diketahui dan dipercayai oleh tiap-tiap orang Islam sebagai pengetahuan umumnya kerana dia orang Islam seperti perkara-perkara mengenai rukun Islam, rukun Iman dan perkara-perkara halal dan haram.
pengertian murtad telah dapat kita singkapkan...
kina tidaklah pandai untuk merungkai tentang pekara ini..jadi cukuplah hanya itu yang kina kongsikan..
insyaallah sama2lah kita doakan semoga isu ini akan terus lenyap dari kehidupan seharian kita..agar isu ini tidak menjadi barah yang menular..dan sama2lah kita mendoakan mereka-mereka ini agar kembali ke jalan yang benar.insyaallah hendaknya..sama-samalah kita doakan...
jika ingin membaca dengan lebih langjut tentang pekara ini..silalah ke blog ini
1.http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2011/08/gejala-murtad-implikasi-terhadap.html
2.http://assignmentcscrazil.blogspot.com/2012/02/murtad.html
3.http://jiwahakir.blogspot.com/2011/08/12-ramadhan-senarai-kes-murtad-di.html
moga-moga ianya bermanfaat untuk kengkawan yang kina kasihi:)
insyaallah:)
nauzubillah...mintak simpang kan..kalo dah murtad xkan ada jalan menuju ke syurga di pengakhirannya bila dah terlmbt bertaubat.. ye, moga mereka yg sesat tu kembali ke jalan Allah S.W.T.. amin...
ReplyDeletethnaks kina ..
ReplyDeletesmoga dijauhi dr perkara yg boleh buat Allah murka..
ReplyDeletejika ada salah seorg sabahat kina yg terlibat, sama2lah kita mohon pada ALLAH moga mereka diberikan kesedaran dan hidayah..
ReplyDeletenauzubillah..moga kita dijauhi..huhu
ReplyDeletep/s:tak pa kina wat jela pa yg ptt akak xksh..hihi
kina edit blog lagi ye?hihi..dya suka background..sweet
ReplyDeletemuga kite semua dijauhakan..insyallah amin
ReplyDeleteNauzubillah...minta dijauhkan la dr kita semua...
ReplyDelete