Takut
Takut apa yang diri taip tak mendatangkan manfaat pada orang lain? malah mendatangkan dosa.. nauzubillah.Cuba percaya diri. Sampaikan dengan seikhlas mungkin. Dengan harapan orang yang membaca mendapat 'sedikit' kesan, dan paling tidak pon membantu diri yang mungkin dah tersimpang tapi berlagak lurus! wah gitu.
wah ikhlas?? macam mana kita nak tahu.
"Ikhlas itu seperti surah al-Ikhlas. Di dalamnya tak ada satu pun perkataan ikhlas." :) tergambar bukan melalui kata-kata tetapi dari hati yang penuh rahsia. rahsia ni antara kita dengan Allah, bila mana kita lakukan utamakan Allah sentiasa. dengan erti kata skemanya ,skop yang meluas.
Petang tadi sempat mengerling buku usrah seorang sahabat. (ceh padahal nota sendiri,siapa lagi yang suka menulis cakar ayam nih) Tertulis di dalamnya.. "Hidayah itu bukan semua orang dapat, tapi bagi sesiapa yang dapat ke mana hidayah itu disalurkan?" dan sebuah kisah yang menarik antara nabi sulaiman dan semut
Petang tadi sempat mengerling buku usrah seorang sahabat. (ceh padahal nota sendiri,siapa lagi yang suka menulis cakar ayam nih) Tertulis di dalamnya.. "Hidayah itu bukan semua orang dapat, tapi bagi sesiapa yang dapat ke mana hidayah itu disalurkan?" dan sebuah kisah yang menarik antara nabi sulaiman dan semut
Banyak perkara di dunia ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T. untuk manusia, agar di gunakan dalam usaha mencariNya. Oleh itu jangan sampai kita lupa kepada Allah S.W.T. apabila kita telah mendapat nikmat dari-Nya.
Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebutir gandum.
Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di dalam sebuah botol dengan di letakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup (diberi lubang sikit untuk udara masuk ke dalamnya).
Cukup tempuh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.
Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum?
kisah nie kina ambil dari blog seorang sahabat blogger kina..banyak perkongsian di sana..untuk membaca lebih lanjut si ke belog beliau...http://akhiosem.blogspot.com/2012/10/gantung-diri.html
best ceritanya!! nak pergi baca smbungan dia pula hehe
ReplyDelete