05 October 2012

dialah ayahku

seorang lelaki gigih keluar dari sebuah rumah usang usai subuhnya,dengan baju yang compang camping, dia berjalan perlahan-lahan menuju ke sebuah perahu lusuh yang telah lama berkhidmat kepadanya.berbekalkan sebijik lampu suluh,dengan berhati-hatinya dia melangkah gagah.takala yang lainnya masih berdengkur di pembaringan..lalu di hidupkan enjin perahu usangnya dan lalu menuju ke laut yang bergelora dengan satu harapan.harapan yang mengunung.pulangnya dengan membawa rezeki untuk anak dan isteri.untuk sesuap nasi.rezeki itu ada di mana-mana untuk orang yang rajin berusaha ke arahnya..insyaallah.tekatnya di dalam hati..
kehidupan mereka amat-amat sukar.berbekalkan semangat dan doa yang tidak putus-putus di titipkan ke hadrat ilahi..anaknya dapat dibesarkan dengan titik peluhnya sendiri..sewaktu anak pertamanya berusia 12 tahun,dan ketika itu sedang menghadapi peperisaan UPSR..dia gigih berdoa kepada ALLAH agar segala urusan anaknya itu di permudahkan..dengan titisan air mata dia terus gigih mencari sesuap nasi untuk keluarganya.kerana dia tahu itulah tanggung jawabnya...
akhirnya,segala penat lelah dan kesusahan yang di tanggungnya terbalas selepas anaknye mendapat keputusan yang cermerlang dalam UPSR dan mendapat tawaran ke asrama penuh.tetapi malangnya wang tidak mencukupi untuk menghantar anaknya ke sana.dia hanya menhantar anaknya ke sebuah sekolah di bandar..sekolah rancangan khas.dan anaknya di letakkan di sebuah asrama..asrama anak-anak miskin dan anak yatim.
berbekalkan semangat seorang anak atas pengorbanan seorang ayah yang teah banyak berjasa.anak tersebut berlajar dengan gigih dan penuh semangat..masa semakin menghampiri ke PMR,semua pelajar di sekolah tersebut mengisi borang ke MRSM,tetapi anaknya tidak melengkapkan borang itu kerana bimbing akan si ayah yang tidak berkemampuan untuk menanggungnya.
akhirnya peperiksaan PMR dijalankan..dan beberapa bulan kemudian keputusan telah keluar dan sekali lagi anaknya berjaya mendapat result yang cemerlang.tetapi malangnya anaknya tidak mengisi borang untuk melayakkannya untuk ke sekolah yang lebih bagus..
anaknya berada di tingkatan 4,dan masih di sekolah yang sama..tetapi kini anaknya duduk di asrama sekolah yang perlu dibayar bulanannya.(duit makan).anaknya mengambil jurusan sains tulin dan tambahan akaun..dengan segala kepayahan.anaknya belajar..dan apabila SPM menghampiri anaknya menjalaninya dengan penuh semangat..tetapi..apakan daya keputusan SPM nya tidaklah sehebat rakan-rakan yang lain..hanya 4a sahaja..tidak mungkin untuk belajar ke luar negara.tidak juga untuk belajar ke universiti ternama..
anaknya redho dan menangis mengenangkan cita-cita di waktu kecilnya untuk memasuki universiti.setelah itu ayahya meminta anaknya untuk masuk ke tingkatan enam.tetapi anaknya tidak mahu dan berdegil kerana jika masuk tingkatan 6.anaknya akan mengambil aliran sains lagi..anaknya tidak mahu.
kemudian sampai surat tawaran untuk belajar di UITM segamat,johor dalam bidang matematik..anaknya memberi tahu si ibu yang niatnya ingin menyambung pelajaran ke sana.tetapi ayahnya tidak bersetuju kerana kekangan wang..dengan bantuan mak sedara akhirnya ayahnya berlembut hati mengizinkannya..
dan kina anaknya berada di semester ke-3 di uitm..dan insyaallah anaknya akan membuat yang terbaik untuk dirinya dan keluarganya...dengan izin yang maha esa.semoga ayahnya terus cekal dan anaknya dapat membalas jasa ibu bapa.walaupon jasa mereka tidak mungkin  terbalas kerana jasa mereka telampau besar.
anak dan ayah yang di ceritakan dalam cerita diatas adalah:
encik suaini bin hussin
nor rabiatul adawiyah binti suaini
cerita ini adalah cerita tentang diri kina sendiri:)


*menulis dengan titisan air mata mengingatkan jasa dan pengorbanan orang tua kita

2 comments:

  1. Ya Allah dik..sebak masa Kak M baca entry ni....bertuah ayah Kina mempunyai seorang anak yg bijak dan tahu mengenang jasa bapanya..Moga Kina akan terus berjaya dalam Hidup dan seterusnya membanggakan ayah Kina dengan kejayaan tersebut...balaslah jasa beliau selagi Kina termampu...Akak doakan Kina dan Keluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete

hye selamat menconteng..thanks sudi komen entry kina yang tak seberapa ny..salam kenal..salam blogging..hehe:)

kina akan terjah ke blog anda..cuma cepat atau lambat je..kina janji..:)