02 June 2012

mari bercerita:aku wang rm1


aku wang rm1.aku di lahirkan pade hujung tahun 2011,pada masa itu aku di cetak oleh orang yang telah di tugaskan aku untuk mencetaknya oleh gabenor.(ye ke tidak aku tidak pasti).jadi pada saat itu terhasillah aku.dan aku di hantar ke sebuah bank.maybe pertukaran wang,dan kini aku berada di sebuah bank yang ternama iaitu bank malaysia.bank ini sangat terkenal di negara aku..

dalam tempoh aku berda di bank aku mendapat rami kawan.aden yang sama dengan ku kulitnya dan ada jugak tidak..aku berkenalan dengan MR.rm2,rm5,rm10,dan banyak lagi..mereka semua baik dengan aku.tetapi ade juga yang selalu menghina aku.dia adalah rm 100.katanya dialah yang paling berkuasa di dalam malaysia.entah ye entah tidak.tetapi aku tidak pula putus asa untuk terus hidup,

jadi pade suatu hari aku telah di pindahkan ke dalam sebuah laci di kaunter bank tersebut..kini aku di ikat bersam teman-teman rm1 ku yang lain.aku berasa sedikit takut.kerana aku di ikat.aku duduk diam-diam di dalam laci itu sampai pade satu ketika penjaga kaunter tersebut mengambil aku lalu di masukkan aku dan rakan-rakan ku di dalam mesin kira-kira,dan kemudiannya di serahkan kepada seseorang di hadapan kaunter.

pada masa itu bermulalah sebuah kehidupan baru dalam hidup aku,aku di bawa oleh tuan baru aku ke kedainya dan di jadikan wang kecil untuk pulangan kepada pembeli.aku di letakkan di dalam sebuah mesin kira-kira.aku di kepit oleh besi bersama rakan baru aku di situ.walaupun tidak begitu selesa dengan keadaan tersebut namun aku kuatkan diriku untuk terus duduk di situ.

pada suatu hari ade seorang pembeli datang ke kedai itu dan membayar barang yang di beli tersebut di kaunter,lalu pemilik kedai itu memulangkan aku dan beberapa keping rakan aku kepada si pembeli tersebut,aku lalu di masukkan ke dalam pursenya.aku kini sudah bertukar tuan.beginilah hidup aku.

pada satu hari tuan aku sedang berjalan-jalan tiba-tiba dia nampak seorang pengemis di sedang bersandar di dinding sebuah bangunan lalu dia menyerahkan aku kepada pengemis tersebut.aku sempat mendengar kata2 pengemis tersebut kepada tuanku"semoga TUHAN memberkatimu nak".lalu aku kina menjadi kepunyaan si pengemis tadi,pada malamnya pengemis tersebut membawa aku pulang ke rumahnya.rumahnya sanggat usang dan hampir roboh,aku sangat sedih melihat akan hal itu.aku di letakkan di atas meja dan dia ke bilik air.tidak lama kemudian aku lihat dia menghadap kiblat dan solat."subahanallah permudahkan urusan tuan baruku ini tuhanku" tidak lama kemudioan masuk isterinya dan mengatakan barang dapur telah habis.lalu di berinya aku kepada si isteri.si isteri dengan gembiranya mengucapkan syukur.

dan aku terus di bawa ke sebuah kedai dan di serahkan kepada tuan kedai tersebut atas bayaran barang yang diambil..aku berada di kedai itu selama beberapa hari sebelum aku di tukar milik dengan seorang lelaki separuh usia.pade satu petang,sedang kedengaran azan asar di corong pembesar suara lalu tuan aku terus bergegas ke masjid berhampiran untuk solat,selesai tuan aku solat dia terus ke bahagian belakang masjid lalu meletakkan aku di dalam tabung yang ada di situ..

kini kehidupan aku adalah di dalam tabung tersebut.hampir sebulan aku di dalam tabung tersebut bertemankan rakan2ku yang baru.aku telah di bawa ke perjabat pos untuk membayar api dan air masjid tersebut,tidak lama selepas itu aku di miliki oleh seorang wanita muda yang berusia dalam lingkungan 30an..
aku terus di bawa ke kedainya.iaitu sebuah kedai makan.lalu aku di letakkan di dalam laci...

beberapa bulan kemudian aku telah kembali ke bank di mana aku di hantar selepas beberapa hari aku di lahirkan..dan pada masa tersebut keadaan aku sangat lusuh dan kotor sana sini..tetapi yang mengembirakan aku adalah apabila aku berjumpa kembali dengan rm100."ya Tuhan badannya masih cantik"lalu aku bertanya adakah dia tidak penah keluar dari bank ini.dia menjawab dia keluar selepas satu jam aku diambil orang.

lalu aku bertanya akan kisah hidupnya dia menjawab dengan bangganya "kehidupan aku sangat mewah.aku selalu berada di hotel2.dan di tempat2 yang mewah.aku tidak pernah sampai ke restoren murah atau ke kedai2 biasa.oleh sebab itu badan aku masih cantik dan menarik"

setelah mendengar itu aku lalu bertanya adakah pernah dia mendengar tuannya menye,mbah tuhan dan berdoa kepada tuhan..maka jawabnya"tidak aku tidak pernah mendengar atu melihat tuanku beribadat,malah aku tidak pernah memasuku masjid sekalipon"

lalu aku menceritakkan kisah hidupku kepadanya.maka engan cerita itu dia mula insaf dan menyatakan yang aku sangat beruntung kerana bersama2 orang yang soleh..dia kini telah insaf..da  berdoa agar tuan barunya kelak adalah dari golongan yang mengesakkan tuhannya...




nota kaki..hiush lenguh jugak nak siapkan entry kali nie..hehe..hampir satu jam menaip..harap anda mendapat iktibar dari cerita kina in..hehe..harap anda terhibur dengan penulisan kina..